Sunday, January 30, 2011

Misi ke FELDA Mempaga

Tarikh   : 29/01/2011
Jentera  : WJG 6164
Anggota/Senjata: SJ (BB SJ), Hasrul (BB Merah), Abg Mat(SJ)



Jam 05:00 bertolak dari Gombak menyusuri hujan renyai2 disepanjang jalan. Kelihatan 2 org pemikat tergar sedang merempit menaiki LC 135 bernombor Flat WSP dan WSS (sape punye xtau tu) semasa kami dlm perjalan ke Felda Mempaga. Masih ade lg yg awal dari kami rupa2nye..adehhh

Jam 07:00 sampai di Felda Mempaga 3 singgah di rumah otai lama Abg Mat kelihatan cuaca mendung nak hujan, namun sempat lg layan merbok S. Jibeng dpn umah abg mat sementara tunggu sinaran Matahari. 


07:00 aku dan Hasrul sampai di destinasi Felda Mempaga 3


 Abg Mat (tuan tanah kedaun) Felda Mempaga 
siap untuk turut serta walaupun terkena demam


Elok saje matahari cerah sedikit kami bertiga meneruskan misi ke Laman yang dijanjikan oleh abg Mat. Maka bermula la episod berguling laman dalam laman sawit Mempaga sampai laman ke 5 dan keputusan diambil untuk keluar mkn tengah ari memandangkan hujan da mula membasahi laman.

Jam 14:30 hujan masih xberhenti lalu kami ke Felda Krau dan berhenti tido dalam kereta sementara menunggu hujan redha kot2 ade rezki sebelah petang.
Tepat Jam 15:00 aku pacak tepi jalan dengan laman yang masih basah lagi sbb ade org ckp "PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN"...alang2 dtg dari jauh biar pulang dengan hasilnye. 

Laman ke 6 masing2 pacak dlm keadaan hujan renyai. BB SJ da mula menyanyi maka datang la 3 ekor dekat BB SJ..xsempat berbalas pantun terjun sekor sora kasar luar laman. Belebus..bungkus le kesudahannye.

Hasil pertama laman basah

Tengah syok buka racik yang tengah kusut ade sekor lagi duk berbalas pantun dengan BB SJ seberang jalan. Sekali lagi aku ganti racik baru 21 mata pada laman yang sama. BH dtg betul2 atas kepala BB SJ, maka pantun dibals BH xtahan SJ duk selang bobok kt laman...belebus masuk laman. Bungkus je la...tarik akor sora kasor yoppp.

Mangsa Ke 2 Tarik Akar Sora kasar

Tepat Jam 17.00 Masing berkumpul dekat kereta untuk pulang berikutan hujan makin lebat..rupa2nye hasrul pn tapau sekor dan abg mat pn tapau sekor. Jadi kesimpulannye masing2 berhasil menapau walaupun hujan membasahi laman.

Hasrul pn tapau sekor 
dan katanya sora kasar berselang.

Jam 19:00 kami pn menerukan perjalan pulang melalui bandar bentong kerana lampu kereta rosak dan perlu diperbaiki untuk perjalanan waktu malam.
 
Sekian saje dari laporan memikat dari SJ buat sahabat yang membaca.




1 comment:

  1. dahsyat.. dahsyat.. dahsyat.. ujan2 pun tapau noh...denak kalis air ney weiiii...

    ReplyDelete